Semalam (sabtu) 27\12\08, saya bersarapan ala western la konon. Papa yang masak. Sedap. Ada sosej, baked bean, roti bakar, tomato, timun, telur, (sayur saya tak makan pun) mama & papa yang makan. Patutnya letak sayur bayam tapi dah habis. Sapa nak tahu cara2 membuat english breakfast, call saya. hahaaa............
Hari memang bosan tanpa kawan,adik-beradik dan ibu-bapa.Saya tersilap cakap tentang adik2 saya. Saya kata hidup lebih best tanpa mereka. Rupanya tidak.Jadi, jangan jadi macam saya.
Semasa raya haji, kami sekeluarga di kampung.Semasa di sana,kami pergi ke pantai irama, Bachok.Kami mengajak Che"Su,Mok long,Mira dan Hani.Gambar ini ditangkap dengan Handphone mama Nokia 6111.
Pada hari raya puasa yg pertama,sesuatu yg menggembirakan berlaku. Saya telah mendapat adik baru.Namanya Ahmad Fitri Farhan. Umurnya 78 hari.Saya berasa sangat gembira. Fitri dilahirkan Hospital Kubang Kerian, Kelantan. Beratnya 5.9kg.Fitri jarang meragam.Fitri akan merang kalau perutnya lapar atau lampinnya penuh.